Thursday, October 14, 2010

Cara hilangkan calar kt kereta

Artikel ni di copy paste dari blog syukie dan blog new saga

Apa perasaan jika kita bangun pagi2. Pergi tengak dekat kereta kesayangan kita, tengak2 ada calar baik punya. Panjang pula tu. Mesti hati bengang tahap gile nye...


Hari tu pergi jumpa apek dekat kedai HardWare, tanya dia macam mana mau hilangkan calar yang ada dekat kereta. Dia soh cuba guna campuran pengosok halus.


So beli la, balik cuba gosok dekat calar kereta. Gosok dalam bentuk bulatan. "bulat..bulat..bulat" (ikut suara macam Dr. gigi dalam cerita upin&ipin)


Dan hasil nya agak memuaskan. Hilang semua bekas calar. Habis semua calar2 halus dekat kereta aku hilang. Cuma jangan gosok kuat sangat dekat bahagian plastik macam bumper depan dan belakang, nanti tercabut cat nye. Kalau dekat bahagian besi x pe gosok kuat2. Dan gunakan kain yang lembut , macam kain basuh kereta. Yang ada ruang2 micro tu lagi bagus nak gosok bulat2 ni. :P


Nampak seperti kereta baru! lepas siap gosok jangan lupa basuh dan pergi wax. Baru la cat kereta tu nampak lawa dan tahan lama serinya :D

Wednesday, October 13, 2010

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG INJECT PAKAI AIR@HIDROTECH



HYDROTECH

KENDERAAN APA YANG BOLEH GUNA HYDROTECH?
Hydrotech boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari motorsikal 70cc keatas / kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (100 bar >tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.


BAGAIMANA HYDROTECH BERFUNGSI?

Hydrotech merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen. Ianya disalurkan ke dalam enjin oleh pihak Hydrotech.Bekas inilah merupakan nadi utama Hydrotech bagi menghasilkan Hydrogen.Bekas 1/2 liter ini boleh digunakan untuk kegunaan sejauh 8000KM. Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.
Proses elektrolisis ini menghasilkan gas Hydrogen dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.Alat ini tidak akan menyebabkan enjin kereta anda rosak kerana gas Hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran.Alat ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan berkapasiti 2000cc kebawah. Pemasangan alat ini cuma mengambil masa 30 minit hingga 1jam sahaja.


PAKEJ HYDROTECH
Hydrotech mempunyai 2 pakej..

1. MOTOR
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 50%

2. KERETA
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 50%
Alat ini dijamin selama 2 tahun atau 50,000 kilometer, jaminan wang dikembalikan jika ia tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan.


1. SOALAN-SOALAN LAZIM BAGI HYDROTECH

S: DI MANAKAH SISTEM HYDROTECH AKAN DIPASANG?
J: IA AKAN DIPASANG DI BAHAGIAN ENJIN KERETA.

S: DI MANAKAH SAYA BOLEH MEMBUAT PEMASANGANNYA?
J: PARA PELANGGAN BOLEH MEMASANG SENDIRI ATAU PERGI KE BENGKEL
KERETA KERANA PROSES PEMASANGAN HYDROTECH AMAT MUDAH. KATALOG CARA PEMASANGAN DISEDIAKAN. IA AKAN MENGAMBIL MASA DI ANTARA 30 MINIT HINGGA 1 JAM SAHAJA.

S: KENDERAAN APAKAH YANG BOLEH MENGGUNAKAN SISTEM INI?
J: SEMUA JENIS MOTORSIKAL DAN KERETA YANG MENGGUNAKAN PETROL YANG MEMPUNYAI KUASA 2,000 CC DAN KEBAWAH.

S: BOLEHKAH SISTEM INI BERFUNGSI PADA ENJIN DIESEL?
J: BOLEH.

S: BERAPA BANYAK PENJIMATAN YANG BOLEH SAYA PEROLEHI?
J:DENGAN MEMASANG ‘HYDROTECH’ PENGGUNA BOLEH MENJIMATKAN PETROL SEHINGGA 50%.

S: BAGAIMANAKAH SISTEM HYDROTECH BERFUNGSI?
J: ‘HYDROTECH’ BERFUNGSI MENGGUNAKAN SISTEM TEKNOLOGI AIR BAHAN BAKAR. AIR AKAN DIPECAHKAN MENGGUNAKAN FREKUENSI TINGGI DAN DIKONGSI KEGUNAANANNYA BERSAMA DENGAN PETROL SEMASA MELALUI INJEKTOR KERETA.

S: ADAKAH IA AKAN MEMBATALKAN JAMINAN KE ATAS KERETA SAYA?
J: TIDAK.

S: ADAKAH SAYA AKAN KEHILANGAN PRESTASI KERETA SAYA?
J: TIDAK.

S: ADAKAH SAYA DAPAT MEMPERTINGKATKAN PRESTASI KERETA SAYA?
J: YA. ANDA AKAN MERASAI PERUBAHAN ENJIN YANG LEBIH STABIL DAN LANCAR MENINGKAT SEHINGGA 47%.

S: BERAPA LAMAKAH TEMPOH JAMINAN?
J: 2 TAHUN ATAU 50,000 KM YANG MANA DAHULU.

S: APAKAH KANDUNGAN PAKEJ HYDROTECH?
J: SEBUAH BEKAS YANG MEMPUNYAI KAPASITI 1 LITER, SATU (1) SET SISTEM CANISTOR, SATU (1) SET KOMPUTER (ECU), WAYAR PENYAMBUNG, PENGIKAT, MANUAL PEMASANGAN, KAD JAMINAN DAN PELEKAT KERETA HYDROTECH.

S: APAKAH FAEDAH YANG SAYA DAPAT DENGAN MENGGUNAKANNYA?
J: ANDA DAPAT MENJIMATKAN PENGGUNAAN BAHAN API DAN PADA MASA YANG SAMA MEMBANTU MENGHIJAUKAN BUMI INI DENGAN MENGURANGKAN PENGHASILAN KARBON MONOKSIDA

Re: ALAT PENJIMATAN MINYAK

LAPORAN HANGAT DARI KILANG HYDROFUEL MALAYSIA
By Aizat iz • Jul 14th, 2008 • Category: ! DAILY LATEST INFO, ! Hot Info > Lets talk here!


HYDROFUEL MALAYSIA

Baru-baru ini pihak kami telah mengadakan lawatan ke syarikat Hydrofuel milik Dr Halim.Dr Halim merupakan saintis yang pernah berkhidmat sebagai seorang ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat.Banyak maklumat berguna telah diperolehi.Produk ini masih lagi dalam proses untuk mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM dan JPJ dijangka pada September 2008.Sekiranya tiada aral melintang,produk ini juga akan dirasmikan pada bulan September.Projek Hydrofuel ini dijangka akan memacu industri automotif Malaysia ke tingkat yang lebih tinggi.

BAGAIMANA HYDROFUEL BERFUNGSI?
Hydrofuel merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen.Air disalurkan daripada tangki 5 liter yang terletak di belakang kereta ke dalam bekas yang diletakkan di dalam enjin oleh pihak Hydrofuel.Bekas inilah merupakan nadi utama Hydrofuel bagi menghasilkan Hydrogen.Tangki 5 liter ini boleh digunakan untuk kegunaan sejauh 2000KM.Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.

Proses elektrolisis ini menghasilkan gas Hydrogen dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.Alat ini tidak akan menyebabkan enjin kereta anda rosak kerana gas Hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran.Alat ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan berkapasiti 2000cc kebawah.Untuk penggunaan 2000cc ke atas,masih lagi dalam peringkat kajian.Pemasangan alat ini di syarikat Hydrofuel cuma mengambil masa 3 hingga 4jam.

PAKEJ HYDROFUEL

Hydrofuel mempunyai 2 pakej.Iaitu Basic dan Advance.

1.Basic
Tanpa MySMART Fuel saver
Harga lebih kurang RM1300.
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 29%(Boleh ditingkatkan)

2.Advance
Lengkap dengan MySMART Fuel Saver
Harga lebih kurang RM2300
Bagi enjin suntikan “Injection”
Penjimatan sehingga 50%

Alat ini dijamin selama 2 tahun atau 50000 kilometer,perlindungan insurans dan jaminan wang dikembalikan jika ia tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan.





Produk-produk Hydrofuel yang dipamerkan



Penyambungan Hydrofuel kepada “air intake”



Hydrofuel pada Proton Wira



Tangki 5 liter.Hanya sedikit ruang diperlukan.



Sensor.

kos servis berkala blm

SERVICE LOG BLM AKU:

SERVICE 1K: 12 MAC AUTHORISED sc
1. OIL FILTER - RM12.22
2. SHELL SUPER - RM58.50
3. GEAR OIL - RM29.14
RM99.86

SERVICE 5K: 17 APRIL AUTHORISED sc
1. OIL FILTER - RM12.22
2. SHELL SUPER - RM58.50
RM70.72

SERVICE 10K: 2 JUN AUTHORISED sc
1. OIL FILTER - RM12.22
2. SHELL SUPER - RM58.50
RM70.72

SERVICE 16K: 21 JULAI AUTHORISED sc
1. OIL FILTER - RM12.20
2. SHELL SUPER - RM58.50
3. SERVICE TAX - RM1.20
4. 70 OIL SERVICE - RM24.00
RM95.90

SERVICE 21K: 5 SEPTEMBER Proton Service
1. SERVICE - RM100.00X
2. SYNTIUM 800 - RM97.00X
3. OIL FILTER - RM12.22X
4. SCREEN WASH - RM5.20X
5. ANTIBAC - RM19.80
6. X-1R - RM48.00
7. SERVICE TAC - RM4.50
8. GASKET PLUG - RM2.52X
9. RADIATOR COOLANT - RM56.68
10.BRAKE FLUID - 36.00
11. SPARK PLUG - 38.00
DARING CARD - RM39.56
RM360.55

SERVICE 26K: 31 OKTOBER Proton Service
1. SERVICE - RM60.00
2. SYNTIUM 800 - RM97.00
3. OIL FILTER - RM12.22
4. SCREEN WASH - RM5.20
5. ANTIBAC - RM19.80
6. SERVICE TAC - RM2.70
7. GASKET PLUG - RM2.52
DARING CARD - RM19.67
RM179.75

SERVICE 31K: 10 DISEMBER Proton Service
1. SERVICE - RM55.00X
2. SYNTIUM 800 - RM97.00X
3. OIL FILTER - RM12.22X
4. RADIATOR COOLANT - RM56.68X
5. SERVICE TAC - RM2.48
6. GASKET PLUG - RM2.52X
DARING CARD - RM22.34
RM203.55